PETALING JAYA – Beberapa daerah di Pahang, Selangor dan Johor diramal mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang petang ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan di Facebook berkata, keadaan itu turut dijangka dialami Kuala Lumpur.
“Pahang di Pekan dan Rompin. Selangor di Gombak. Johor di Kluang, Mersing dan Kota Tinggi.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” kata kenyataan itu.
Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE