fbpx

Alex Rins sah sertai LCR Honda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RINS bakal menyertai LCR Honda bermula musim depan dengan kontrak selama dua tahun menggantikan Alex yang berhijrah ke Gresini Racing. – AFP

LONDON – Segala teka-teki ­akhirnya terjawab apabila pelumba Sepanyol, Alex Rins sah menyertai pasukan satelit Jepun, LCR Honda pada Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim depan.

Sebelum ini, Rins hilang arah selepas pasukan yang diwakili­nya ketika ini iaitu Suzuki membuat keputusan untuk me­ninggalkan MotoGP pada akhir hujung musim 2022.

Rins akan mengambil alih kekosongan yang ditinggalkan Alex Marquez selepas menyertai pasukan Gresini Racing musim depan.
Pelumba berusia 26 tahun tersebut akan mengikat kontrak selama dua tahun hingga 2024.

“Saya sangat gembira dapat menyertai pasukan LCR Honda. Menukar pasukan dan jentera adalah satu cabaran, tetapi saya bersedia untuk memberikan komitmen 100 peratus kepada pasukan ini.

“Saya akan menggunakan pengalaman yang saya pelajari dalam kelas MotoGP untuk kekal kompetitif bersama jentera Honda ini.

“Kepercayaan yang diberikan Lucio Cecchinello (Pengurus Pasukan LCR) dan Honda sangat penting bagi saya dalam membuat keputusan untuk menyahut cabaran ini.

“Akhir kata, saya ingin me­ngucapkan terima kasih kepada mereka semua yang memberi peluang kepada saya menyertai keluarga LCR Honda,” Rins.

Difahamkan, rakan sepasukan Rins, Joan Mir juga bakal meneruskan kariernya di MotoGP apabila disebut-sebut menyertai pasukan pengeluar, Repsol Honda musim depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI