fbpx

26 penumpang cemas, bas ekspres terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan bas ekspres yang terbalik di Lebuh Raya Damansara susur ke Bangsar, tengah malam tadi.

KUALA LUMPUR – Seramai 26 penumpang sebuah bas ekspres berdepan detik mencemaskan apabila kenderaan yang dinaiki terbabas dan terbalik di Lebuh Raya Damansara susur ke Bangsar di sini, tengah malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.17 tengah malam.

“Sejumlah 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah dan Sentul dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Semasa tiba di tempat kejadian didapati berlaku kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dua tingkat yang dalam perjalanan ke Ipoh, Perak,” ujarnya hari ini.

Menurutnya, insiden dipercayai berlaku apabila bas berkenaan terbabas dan terbalik.

“Petugas bertindak memecahkan tingkap hadapan bas bagi mengeluarkan kesemua mangsa.

“Jumlah keseluruhan mangsa yang terlibat adalah seramai 26 orang dan mereka dikejarkan ke hospital untuk pemeriksaan serta rawatan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI