fbpx

Syarikat Jepun hasilkan pod tidur berdiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ia merupakan sejenis pod menegak yang membolehkan pengguna masuk ke bahagian dalam lalu menggunakannya sebagai ruang peribadi untuk tidur sambil berdiri. – Itoki

TOKYO – Dua syarikat dari Jepun bekerjasama untuk menghasilkan ‘kotak tidur’ yang didakwa dapat membantu menyelesaikan masalah keletihan dalam kalangan penduduk negara itu akibat terlalu banyak bekerja, lapor laman berita Oddity Central kelmarin.

Syarikat pakar perabot, Itoki Corporation dan pembekal papan lapis, Koyoju Gohan baru-baru ini menandatangani perjanjian perlesenan untuk mula menghasilkan peralatan tersebut.

Ia merupakan sejenis pod menegak yang membolehkan pengguna masuk ke bahagian dalam lalu menggunakannya sebagai ruang peribadi untuk tidur sambil berdiri.

Dengan keadaan pekerja di Jepun yang kerap mengalami masalah bebanan kerja, pod tersebut boleh digunakan di mana-mana sahaja seperti tandas, di dalam tren atau di meja pejabat.

“Di Jepun, terdapat ramai orang mengunci diri di dalam tandas buat seketika, yang mana bagi saya bukanlah sesuatu yang sihat. Lebih baik mereka tidur di ruang yang lebih selesa.

“Saya berpendapat ramai orang Jepun bekerja tanpa henti atau berehat. Kami berharap agar syarikat-syarikat dapat menggunakan alat ini sebagai kaedah fleksibel untuk berehat seketika,” kata Pengarah Komunikasi Itoki, Saeko Kawashima.

Kotak tidur tersebut yang dilaporkan menawarkan sokongan selesa ke atas kepala, lutut dan bahagian belakang badan. 

Ia membolehkan pengguna tidur seketika tanpa perlu risau sekiranya terjatuh. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI