fbpx

SKSSR sukarela, suami tidak wajib carum buat isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menegaskan bahawa cadangan pelaksanaan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) adalah secara sukarela dan para suami tidak wajib mencarum untuk isteri mereka.

Ketua Pegawai Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat Perkso, Izad Raya berkata, suami hanya wajib membuat bayaran caruman untuk isterinya jika beliau ingin berbuat demikian.

“Menerusi draf Rang UndangUndang (RUU) Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 yang dibentangkan oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan di Dewan Rakyat semalam, ia menyatakan bahawa suami hanya wajib membayar caruman untuk isterinya jika beliau memilih untuk berbuat demikian.

“Suami juga perlu memaklumkan perkara tersebut kepada pihak Perkeso,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, jika suami gagal membayar caruman boleh menjadi suatu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Namun, jelasnya, jika pasangan tersebut telah bercerai atau suami terbabit tidak mampu membayar caruman isterinya akibat hilang punca pendapatan atau seumpamanya, maka komitmen beliau untuk membayar caruman adalah terbatal.

“Dalam hal ini, isteri beliau atau suri rumah boleh membayar caruman SKSSR secara sukarela atau bayaran caruman tersebut juga boleh dibuat oleh mana-mana pihak ketiga,” ujarnya.

Dalam pada itu, katanya, bagi situasi jika suami tidak memilih untuk membayar caruman SKSSR untuk isyerinya atau suri rumah yang tidak mempunyai suami, caruman berkenaan juga boleh dibayar sendiri oleh isteri atau suri rumah tersebut atau pihak ketiga kepada Perkeso.

Perkeso memberitahu, sehubungan itu, laporan berita yang diterbitkan oleh beberapa media tempatan termasuk menerusi platform dalam talian mengenai kegagalan suami membayar caruman Perkeso isteri yang juga suri rumah boleh dikenakan denda atau hukuman penjara adalah tidak tepat. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI