fbpx

Rakyat Thailand sudah muak pakai pelitup muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 36.3 peratus penduduk Thailand memilih untuk terus memakai pelitup muka. – Thaiger

BANGKOK – Satu kaji selidik oleh kerajaan mendapati penduduk Thailand sudah bosan memakai pelitup muka dan memilih  tidak melakukannya dalam banyak situasi, lapor laman berita Thaiger semalam.

Kaji selidik secara online oleh Jabatan Sokongan Perkhidmatan Kesihatan itu bertujuan menilai pendapat orang ramai mengenai kelonggaran sekatan Covid-19.

Seramai 7,507 responden  mengambil bahagian dengan hampir dua pertiga mengaku bahawa  mereka tidak lagi memakai pelitup muka di beberapa lokasi.

Ketika ditanya mengenai lokasi tersebut, tempat hiburan merupakan jawapan paling banyak diterima.

Situasi itu dianggap membimbangkan kerana premis hiburan merupakan tempat paling mudah untuk  koronavirus  merebak.

Ini antaranya disebabkan oleh tiada penjarakan fizikal, kesesakan orang ramai, pengudaraan yang buruk serta aktiviti berkongsi minuman.

Berdasarkan kaji selidik tersebut, 62.8 peratus responden mengaku memakai pelitup muka di beberapa lokasi sahaja, manakala 36.3 peratus masih terus memakai pelitup muka di luar rumah. Sebanyak 0.9 peratus pula memilih untuk tidak lagi memakai pelitup muka.

Bagi  lokasi di mana responden enggan memakai pelitup muka, seramai 12.5 peratus tidak memakainya di tempat hiburan, 10.35 peratus di pawagam, 9.79 peratus di pusat beli-belah, 8.95 peratus di pasar serta 8.78 peratus dalam pengangkutan awam.

Meskipun peraturan pemakaian pelitup muka di kawasan terbuka dihapuskan sejak hujung bulan lalu, pihak berkuasa Thailand menggalakkan orang ramai memakainya  apabila berada dalam kumpulan atau lokasi sesak, terutamanya bagi golongan berisiko tinggi. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI