fbpx

Penuntut IPT sempat lompat keluar sebelum kereta masuk gaung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kereta milik penuntut IPT yang terhumban ke dalam gaung di Gunung Medan, Kangar hari ini.

KANGAR – Gara-gara terlupa kedudukan gear, kereta dipandu seorang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) terhumban ke dalam gaung di Gunung Medan di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada orang awam kira-kira pukul 7.55 pagi tadi.

Beliau berkata, sewaktu tiba di lokasi, polis mendapati sebuah kereta jenis Proton Persona berada di dalam gaung sebelah kiri jalan.

“Penuntut IPT berusia 22 tahun itu dikatakan telah meletakkan kenderaannya di kiri jalan gunung dengan keadaan kereta menghala ke bawah cerun.

“Sebelum beriadah di kawasan tersebut, mangsa meletakkan kedudukan gear satu pada kereta itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Yusharifuddin berkata, selepas mangsa selesai beriadah, dia kemudiannya telah kembali ke kenderaannya dan menghidupkan enjin dengan kedudukan pintu pemandu masih terbuka.

“Sebelah kaki mangsa berada di permukaan tanah ketika itu dan sewaktu menghidupkan enjin, kenderaan itu bergerak terus memasuki gaung berikutan berada pada kedudukan gear satu.

“Mangsa sempat melompat keluar dari kenderaannya dan tiada kemalangan jiwa berlaku,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI