fbpx

Pengantin terima kambing sebagai hadiah perkahwinan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan seekor kambing yang dijadikan hadiah kahwin kepada sepasang pengantin. - TikTok

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan senario pasangan pengantin baharu menerima hadiah seekor kambing pada majlis perkahwinan mereka, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam akaun TikTok @armanmultimedia.id.

Rakaman itu memaparkan sekumpulan lelaki menghadiri majlis perkahwinan rakan mereka. 

Mereka meninggalkan hadiah perkahwinan berupa seekor kambing yang didandan.

Kambing itu didandan menggunakan kain batik termasuk riben berwarna biru di atas kepala. Ia juga dipakaikan bunga kuning sebagai hiasan pada lehernya.

Pengantin lelaki dilihat membuka tali anak kambing yang diikat berhampiran tiang pelaminnya.

Tetamu jemputan pada majlis itu tidak dapat menahan ketawa apabila kambing itu didengari mengembek ketika berada di atas pentas.

Video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Detik-detik yang tidak dapat dilupakan rakan seumur hidup,” kata seorang netizen.

“Hadiah istimewa yang tidak akan anda lupakan, semoga anda berdua akan bersama selamanya,” komen netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI