fbpx

Pemandu lori mengaku bersalah rempuh lapan kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Klang

KLANG – Seorang pemandu lori mengaku bersalah di Mahkamah Majistret atas tuduhan memandu secara melulu sehingga melanggar lapan buah kereta yang diparkir di Jalan Beringin di sini, dua minggu lalu.

Tertuduh, Mohammad Khirudin,41, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Amiful Asyraf Abdul Rasid.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan ikat jamin RM3,500 bersama seorang penjamin dan menetapkan 12 September ini sebagai tarikh jatuh hukum.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hong Fong dalam kenyataannya berkata, kemalangan berlaku kira-kira pukul 9.40 malam pada 8 Julai lalu di Jalan Beringin, Pelabuhan Klang.

Katanya, pemandu lori itu telah merempuh lapan buah kereta yang sedang parkir di petak letak kereta sebelah kiri jalan.

“Pemandu lori telah tampil membuat laporan polis pada hari yang sama jam lebih kurang 11.46 malam.

“Ujian pernafasan telah dilakukan terhadap pemandu lori tersebut dan didapati kandungan alkohol melebihi had yang dibenarkan,” katanya di sini.

Kes telah disiasat mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2020). -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI