fbpx

Nafkah bulanan Syahrini, Nagita Slavina jadi perbandingan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAGITA SLAVINA dan Syahrini selalu jadi bahan perbandingan peminat kedua-duanya.

KEKAYAAN yang dimiliki dua selebriti terkenal Indonesia, Nagita Slavina dan Syahrini sering menjadi perbandingan dalam dalam kalangan netizen.

Bahkan, jumlah wang nafkah daripada suami masing-masing juga jadi bahan perdebatan peminat mereka.

Difahamkan bahawa, jumlah wang yang diterima Syahrini daripada suaminya, Reino jauh lebih tinggi berbanding wang belanja isteri kepada pelakon, Raffi Ahmad itu.

Setiap bulan, Syahrini akan menerima wang saku berjumlah tiga miliar rupiah (Rp3 miliar) atau sekitar RM882,000 berbanding Nagita yang cuma menerima wang saku sebanyak Rp200 juta (RM59,000) sebulan.

Perbezaan perolehan wang saku antara Syahrini dan Nagita sekali gus mencetuskan perbalahan peminat mereka.

Peminat Nagita mendakwa, kekayaan yang dimiliki pelakon berusia 34 tahun itu sebenarnya jauh lebih besar berbanding Syahrini.

“Nagita masih aktif berlakon, menjadi duta beberapa produk terkenal antarabangsa dan pemilik kepada saluran YouTube, Rans Entertainment.

“Sedangkan Syahrini memperoleh kekayaan daripada sumber suaminya sahaja,” ujar salah seorang peminat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI