fbpx

MLL platform cungkil bintang bola sepak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RADZI (tengah) bersama Ahmad Faizal (tengah) pada Majlis Pelancaran MLL 2022 di Stadium Mini Pancarona Presint 18, Putrajaya semalam. -

PUTRAJAYA – Liga Tunas Malaysia atau Malaysia Little League (MLL) yang diperkenalkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Kementerian Pendidikan (KPM) berupaya menjadi platform baharu bagi mencungkil bakat baharu pelapis bola sepak negara.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, program itu adalah julung-julung kali diadakan dalam konteks pertandingan bola sepak membabitkan penyertaan murid sekolah di seluruh negara.

Beliau berkata, MLL akan dijalankan secara berstruktur merangkumi peringkat daerah, negeri dan kebangsaan membabitkan penyertaan 2,940 pasukan dengan dua kategori iaitu B-16 (lelaki dan wanita) dan B-12 (lelaki sahaja).

“MLL adalah usaha pendekatan rentas kementerian dan ia juga diperkenalkan selaras Dasar 1 Murid 1 Sukan (1M 1S) yang menepati beberapa elemen dalam konsep Sekolahku Sejahtera,” katanya pada majlis pelancaran MLL di sini semalam.

Katanya, pihaknya juga sedang berbincang dengan KBS untuk mengetengahkan beberapa lagi sukan pada masa depan membabitkan penyertaan murid sekolah di seluruh negara.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, setiap daerah akan menampilkan lapan pasukan bagi setiap kategori MLL yang menggunakan format liga dua kumpulan di mana juaranya akan meneruskan cabaran ke peringkat kebangsaan.

“Sebanyak RM1.046 juta hadiah keseluruhan ditawarkan dalam MLL di mana juara peringkat kebangsaan akan membawa pulang RM5,000.

“MLL akan bermula di peringkat daerah pada Ogos ini dan dijangka berakhir di peringkat kebangsaan pada November 2022,” katanya.

Ujar beliau, pihaknya akan terus berusaha meningkatkan perkembangan dan mutu sukan negara, sekali gus mencapai sasaran untuk menjadikan Malaysia sebagai ‘Negara Sukan’ setidak-tidaknya menjelang tahun 2030.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI