fbpx

MESF sedia ambil tindakan undang-undang – Ananth

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANANTH memberi peringatan kepada mana-mana pihak cuba menafikan tugas MESF sebagai badan induk e-Sukan di negara ini agar berhenti atau berdepan tindakan mahkamah.

PERSEKUTUAN Sukan Elektronik Malaysia (MESF) bersedia untuk mengheret mana-mana pihak ke mahkamah jika pihaknya mengesan ada gerakkan bermain ‘kotor’ untuk me­nubuhkan persatuan baharu.

Difahamkan terdapat gerakkan menubuhkan persatuan baharu dengan alasan untuk mengambil alih tugas MESF selaku badan induk badan sukan kebangsaan.

Presiden MESF, Datuk Ananth S. Nathan mengakui, pihaknya sedar terdapat gerakan yang cuba menafikan tugas MESF dan bersedia untuk mengambil tindakan undang-undang jika perlu.

Tegas Ananth, MESF merupakan persatuan yang diiktiraf di negara ini, malah mendapat sokongan 13 ahli gabungan setiap negeri serta terdapat tiga lagi ahli akan menyertai mereka tidak lama lagi.

“Jika mereka mahu cuba membuat gerakkan menubuhkan persatuan baharu, mereka mesti mempunyai asas kukuh dari bawah lagi. Seperti yang diketahui, kami adalah persa­tuan yang diiktiraf di peringkat kebangsaan mahupun anta­rabangsa.

“MESF mendapat pengiktirafan daripada Persekutuan Sukan Elektronik Asia (AESF) dan Persekutuan Sukan Elektronik Antarabangsa (IESF). Jadi, tidak timbul isu sedemikian untuk menubuhkan persa­tuan baharu.

“Jika mereka cuba membuat gerakan, ini bermakna mereka bersedia melanggar perlembagaan dan akta pembangunan sukan itu sendiri, maka kami tidak teragak-agak untuk mengheret mereka ke mahkamah.

“Kepada pihak yang cuba menafikan tugas MESF sebagai badan induk di negara ini, kita akan jumpa anda di mahkamah.

“Biarlah mahkamah tentukan,” kata Ananth ketika ditemui pada Majlis Apresiasi e-Sukan di ibu negara semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN