fbpx

Lelaki warga asing terbunuh, dua cedera parah ditikam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga asing maut manakala dua lagi cedera parah dipercayai ditikam dalam kejadian di Jalan Tun H.S Lee, di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, polis menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira pukul 2.26 petang.

“Siasatan di lokasi kejadian mendapati tiga lelaki warga asing berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun terbaring dan tidak sedarkan diri.

“Hasil pemeriksaan mendapati salah seorang mangsa telah meninggal dunia manakala dua lagi mengalami kecederaan parah sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, hasil pemeriksaan turut menemui senjata tajam di lokasi kejadian disyaki senjata yang digunakan suspek.

Susulan itu, polis telah menahan seorang suspek lelaki warga asing berusia 52 tahun pada pukul 5 petang tadi bagi membantu siasatan.

“Suspek akan direman esok bagi membantu siasatan dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Tambahnya, polis kini mengenal pasti identiti suspek utama yang terlibat manakala motif serta punca kejadian masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI