fbpx

Kerugian jenayah komersial di Perlis RM15.8 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Baderulhisham (lima kanan) menunjukkan isyarat bagus semasa pelancaran program Jelajah Anti Scam 2022 PDRM di pekarangan sebuah hotel di Kuala Perlis, semalam.

KUALA PERLIS – Polis Perlis merekodkan sebanyak 998 kes jenayah komersial dengan nilai kerugian RM15.8 juta sejak dua tahun lalu.

Timbalan Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Baderulhisham Baharudin berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 969 kes melibatkan jenayah penipuan dalam talian.

“Jumlah itu adalah sebahagian daripada 71,389 kes jenayah komersial yang telah disiasat di seluruh negara pada tahun 2020 sehingga Jun 2022 dengan kerugian berjumlah RM5.2 bilion.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 47,850 kes yang dicatatkan merupakan jenayah penipuan dalam talian,” katanya ketika berucap merasmikan program Jelajah Anti Scam PDRM 2022 Kontinjen Perlis di pekarangan sebuah hotel di sini semalam.

Menurut Baderulhisham, kepesatan pembangunan teknologi mendedahkan masyarakat kepada pelbagai ancaman baharu khususnya melibatkan jenayah siber.

“Evolusi gaya hidup ini secara tidak langsung mengakibatkan wujudnya bentuk jenayah baharu yang lebih kompleks dan global di samping turut memerlukan perhatian lebih serius.

“Kempen Anti Scam PDRM 2022 ini bertujuan memberi pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat terhadap ancaman scammer agar tidak menjadi mangsa penipuan atau terlibat dengan sindiket berkenaan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI