fbpx

KB Sentral mampu atasi kesesakan di Lembah Sireh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Terminal Bas Kota Bharu, Lembah Sireh dikatakan menjadi punca kepada berlakunya kesesakan lalu lintas di kawasan itu.

KOTA BHARU – Projek Terminal Stesen Bas Bersepadu Kota Bharu (KB Sentral) yang dijangka siap pada 2025 di Tunjong di sini dilihat mampu mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Lembah Sireh.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, beliau mengakui Terminal Bas Kota Bharu di Lembah Sireh yang merupakan stesen bas sementara itu menjadi salah satu punca berlakunya kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan.

Menurutnya, berdasarkan perancangan awal, KB Sentral akan dibina di Lembah Sireh, namun cadangan itu dibatalkan selepas kerajaan negeri melihat perkembangan dan pandangan daripada pelbagai pihak.

“Pembinaan KB Sentral di Tunjong merupakan satu usaha dan perancangan kerajaan negeri bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di Lembah Sireh.

“Bagaimanapun, secara umumnya kesesakan lalu lintas di kawasan itu masih terkawal. Kesesakan hanya berlaku pada masa-masa tertentu terutamanya ketika musim perayaan dan cuti sekolah,” katanya.

Mohd. Amar berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Dr. Ramli Mamat (Pas-Bunut Payong) mengenai perkembangan pelan pembangunan di Lembah Sireh yang dirangka pada fasa awal perancangan dan perancangan kerajaan bagi mengurangkan kesesakan di kawasan itu pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahli Dewan Undangan Negeri Panchor itu berkata, tumpuan pembangunan di Lembah Sireh pada awalnya adalah pembangunan komersial, namun bertukar kepada pembangunan bercampur ekoran pembinaan kawasan perumahan dan institusi pendidikan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI