fbpx

Gelombang haba di Eropah kian membahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita melalui sebuah farmasi yang memaparkan bacaan suhu termometer mencecah 42.5 darjah Celsius di Toulouse, Perancis, kelmarin . - AFP

MADRID, SEPANYOL – Situasi gelombang haba di barat Eropah semakin buruk ketika suhu di kebanyakan bandar mencatatkan rekod tertinggi dengan bencana tersebut kini bergerak ke bahagian utara, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) kelmarin.

Di Perancis dan Britain, amaran-amaran gelombang haba ekstrem telah dikeluarkan manakala kawasan utara Sepanyol merekodkan suhu sehingga 43 darjah Celsius, kelmarin.

Kebakaran hutan di Perancis, Portugal, Sepanyol dan Greece pula telah memaksa beribu-ribu penduduk meninggalkan kediaman masing-masing.

Britain dalam masa sama diramal mengalami hari terpanasnya dengan suhu kelmarin mencatatkan bacaan 38.1 darjah Celsius di Suffolk, England.

Ramalan kaji cuaca berkata, suhu dijangka meningkat melebihi 40 darjah Celsius, yang akan menjadi suhu terpanas pernah direkodkan di negara itu.

Selain itu, beberapa bahagian di Perancis mengalami hari-hari paling panas dengan bandar Nantes merekodkan bacaan 42 darjah Celsius, kata pejabat cuaca kebangsaan.

Kebakaran hutan di negara itu pula telah memaksa lebih 30,000 penduduk melarikan diri dengan pusat-pusat perlindungan kecemasan telah dibuka.

Sebuah wilayah pelancongan popular, Gironde turut teruk terjejas dengan anggota bomba bergelut mengawal kebakaran yang telah memusnahkan hampir 17,000 hektar tanah sejak Selasa minggu lalu.

“Ia bagaikan sotong raksasa yang semakin membesar di bahagian depan, belakang dan semua bahagian. 

“Keadaan itu berpunca daripada suhu, angin dan kekurangan air dalam udara. Sukar untuk kita ‘mengalahkannya’,” kata Presiden wilayah Gironde, Jean-Luc Gleyze.

Dalam pada itu, Belanda turut merekodkan suhu tertinggi tahun ini dengan bandar Westdorpe mencatatkan bacaan suhu mencecah 33.6 darjah Celsius serta diramal meningkat kepada 39 darjah Celsius.

Belgium dan Jerman pula dijangka menyaksikan suhu menaik kepada kira-kira 40 darjah Celsius dalam beberapa hari akan datang. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI