fbpx

DUN Perak catat sejarah lulus usul persendirian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zolkafly bercakap pada Sidang DUN di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh hari ini. /FOTO MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak mencatat sejarah apabila usul persendirian dibentangkan dan diluluskan buat pertama kali dalam sidang berkenaan di sini hari ini.

Usul mengenai mengkaji enakmen-enakmen wasiat orang Islam Negeri Perak itu dibentangkan ADUN Behrang Aminuddin Zulkipli itu dipersetujui sebulat suara oleh 55 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang hadir pada hari terakhir Persidangan DUN bagi sesi kali ini.

Empat ADUN terdiri daripada tiga wakil pembangkang iaitu ADUN Keranji, Howard Lee Chuan How; ADUN Sungkai, A. Sivanesan dan ADUN Tebing Tinggi, Abdul Aziz Bari, manakala ADUN Pangkor Datuk Seri Zambry Abd. Kadir pula mewakili kerajaan telah membahaskan usul berkenaan.

Aminuddin dalam usulnya meminta agar jawatankuasa pilihan khas diberi mandat untuk mengkaji keperluan menggubal enakmen-enakmen wasiat orang Islam di Perak.

“Bahawa dalam tempoh beberapa segera yang munasabah, jawatankuasa itu diberi mandat untuk bersama dengan mana-mana jabatan bertanggungjawab dalam mengurus dan mengendalikan perihal agama Islam di dalam dan luar negeri Perak.

“Setelah tugasan tersebut sempurna, jawatankuasa itu hendaklah mengemukakan kepada dewan yang mulia ini satu penyata,” katanya.

Speaker DUN Perak, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid pula berkata, usul berkenaan akan dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Mengkaji Enakmen-enakmen Negeri Perak yang dipengerusikan oleh beliau sendiri.

Menurutnya, usul itu akan dikaji terlebih dahulu mengikut pindaan dan akan mencadangkan kepada kerajaan untuk membawanya apabila telah dibincangkan oleh semua jabatan yang ada. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI