fbpx

Bekas pengarah LKIM Selangor mengaku tak salah rasuah baja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khusairi ketika dibawa untuk pertuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini.

SHAH ALAM – Bekas Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Selangor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menerima rasuah RM5,000 berkaitan pembekalan benih, baja dan racun dua tahun lalu.

Tertuduh, Khusairi Husain, 56, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Muhamad Anas Mahadzir.

Bapa empat anak itu semasa menjadi Pengarah LKIM Selangor didakwa menerima suapan RM5,000 daripada seorang wanita berusia 44 tahun yang merupakan pengurus besar sebuah pertubuhan peladang kawasan (PPK) yang diketahui mempunyai kaitan dengan tugas rasminya.

Tertuduh ketika ini memegang salah satu jawatan pengarah di Ibu Pejabat LKIM. Difahamkan, wang itu sebagai balasan melantik pembekal melaksanakan kerja membekal benih, baja dan racun bernilai RM59,794.

Kesalahan dilakukan di pejabat Persatuan Nelayan Kawasan Sungai Besar pada 24 November 2020.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Timbalan Pendakwa Raya, Irna Julieza Maaras menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin berserta yarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setiap bulan.

Peguam Noor Adzrie Mohd. Noor bagaimanapun memohon jumlah jaminan dikurangkan memandangkan tertuduh menanggung empat orang anak dengan tiga daripadanya masih belajar.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan membenarkan syarat tambahan. Sebutan semula kes pada 22 Ogos ini. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI