fbpx

Zelenskyy pecat ketua pendakwa raya, keselamatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZELENSKYY berjabat tangan dengan seorang askarnya di rantau Dnipro, Ukraine pada 8 Julai lalu. - AFP

KIEV – Presiden Volodymyr Zelenskyy memecat ketua pendakwa raya dan ketua agensi keselamatan Ukraine kelmarin dalam rombakan kerajaan terbesar sejak pencerobohan Russia lima bulan lalu. 

Zelenskyy berkata, beliau memecat Ketua Pendakwa Raya, Iryna Venediktova dan Ketua Keselamatan, Ivan Bakanov berikutan semakin ramai anggota penguatkuasa undang-undang Ukraine yang belot.

“Hari ini, saya membuat keputusan untuk menggugurkan Ketua Pendakwa Raya dan Ketua Perkhidmatan Keselamatan Ukraine daripada tugas mereka,” kata  Zelensky dalam ucapan harian kepada rakyat.

Menurutnya, lebih 650 kes yang disyaki pembelotan dan membantu Russia oleh pegawai keselamatan Ukraine sedang disiasat termasuk 60 kes melibatkan pegawai yang beradai di wilayah-wilayah yang ditakluki Moscow.

Venediktova mengetuai siasatan Ukraine berkaitan kekejaman yang dilakukan oleh tentera Russia di bandar Bucha, luar Kiev yang mencetuskan kemarahan masyarakat antarabangsa.

Dalam pada itu, komander angkatan bersenjata Britain, Laksamana Tony Radakin menganggarkan dalam satu wawancara bersama BCC kelmarin bahawa sekitar 50,000 askar Russia sama ada terbunuh atau cedera dalam pencerobohan ke atas Ukraine.

Menurutnya, hampir 1,700 kereta kebal dan sekitar 4,000 kenderaan perisai musnah dalam pertempuran dengan tentera Ukraine.

Russia kini meningkatkan operasi tenteranya untuk menawan kawasan di timur Ukraine, manakala setakat kelmarin tentera Kremlin dilaporkan melancarkan lebih 3,000 peluru berpandu terhadap berbilang sasaran di negara musuhnya itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI