fbpx

Subsidi petrol bersasar perlu diuji tiga hingga enam bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pengujian mekanisme pemberian subsidi petrol secara bersasar di seluruh negara masih berada pada peringkat awal dan memerlukan tempoh tiga hingga enam bulan sebelum ia dilaksanakan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, kerajaan perlu melakukan pengujian lebih meluas bagi kebolehlaksanaan subsidi petroleum bersasar itu bagi memastikan ia tidak mengakibatkan inflasi secara mendadak.

“Ia akan disusuli dengan pengujian lebih meluas dari segi beberapa kaedah lain termasuk menguji kebolehlaksanaan mekanisme berkenaan sama ada di bandar dan luar bandar dan memerlukan tempoh tiga hingga enam bulan sebelum ia bersedia untuk dilaksanakan.

“Pelaksanaan mekanisme pemberian subsidi bersasar dirancang secara berfasa supaya tidak berlaku inflasi mendadak sehingga jejaskan momentum pertumbuhan ekonomi negara,” katanya pada sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Wong Hon Wai (PH-Bukit Bendera) yang ingin tahu berhubung pengujian subsidi bersasar kepada petroleum.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul berkata, kadar inflasi negara dilaporkan berada pada tahap sederhana iaitu 2.8 peratus sehingga Mei lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI