fbpx

Profesor buat tuntutan palsu RM66,000 ditahan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Seorang pensyarah berstatus profesor di sebuah universiti di Sabah akan dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan mengemukakan tuntutan palsu melibatkan dana penyelidikan berjumlah lebih RM66,000.

Menurut sumber, lelaki berusia 55 tahun itu ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah pukul 10 pagi, hari ini.

“Profesor terbabit dipercayai mengemukakan tuntutan palsu pada tahun 2014 hingga 2017 ketika bertugas sebagai Pengarah Institut di universiti berkenaan.

“Difahamkan tuntutan palsu itu melibatkan dana penyelidikan namun tiada perbelanjaan dilakukan,” katanya hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan memaklumkan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Tambah beliau, suspek dilepaskan dengan jaminan berjumlah RM10,000 dengan seorang penjamin dan dijangka akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu dalam tempoh terdekat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI