fbpx

Pokok durian usia 200 tahun masih berbuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zamani menunjukkan salah satu pokok durian yang dikatakan berusia hampir 200 tahun di dusunnya di Bukit Ajil, Hulu Terengganu baru-baru ini.

HULU TERENGGANU – Empat batang pokok durian di sebuah dusun di Bukit Ajil di sini masih tetap subur mengeluarkan buah walaupun dipercayai sudah berusia hampir 200 tahun.

Pokok-pokok durian tembaga itu yang setiap satunya mencapai ketinggian lebih 45.72 meter terletak di dusun milik seorang pekebun tempatan, Zamani Mamat, 44.

Zamani berkata, dusun durian yang berada di kawasan berbukit setinggi kira-kira 292 meter dari paras laut diwarisi keluarganya sejak tiga generasi lalu.

“Mengikut cerita ayah saya yang kini berusia 70 tahun, empat pokok durian itu tersebut dipercayai ditanam penduduk asal Bukit Ajil yang mendiami kawasan itu pada abad ke-19.

“Kini pokok durian itu tinggal empat itu sahaja, manakala yang lain ditanam semula oleh keluarga saya,” katanya ketika ditemui di Bukit Ajil di sini baru-baru ini.

Zamani berkata, pokok durian tersebut daripada baka tembaga atau dikenali sebagai payang oleh penduduk tempatan.

Ujarnya, buah durian daripada pokok berusia 200 tahun berkenaan masih mempunyai peminatnya tersendiri.

“Isinya tebal, berwarna ku­ning dan rasa pula lemak-lemak manis dengan sedikit pahit.

“Alhamdulilah musim kali ini, empat batang pokok durian tua itu masih mengeluarkan buah walaupun tidak banyak dengan purata 50 biji sepohon ekoran keadaan cuaca tidak menentu,” ujarnya.

Menurut Zamani, kebiasaannya setiap pohon durian terbabit mampu mengeluarkan hampir 300 biji buah pada setiap musim.

Ujarnya, kesemua buah daripada empat pokok durian tua itu sudah ditempah pelanggan biarpun sebahagiannya masih belum gugur sepenuhnya.

“Saya menjual durian tembaga itu pada harga RM15 sekilogram kerana niat bersedekah agar kelazatan dapat dikongsi bersama,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI