fbpx

Penganggur bunuh ibu berdepan tali gantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh, Amirul Hakim Abu, 38, (tengah) diiringi anggota polis keluar dari Mahkamah Majistret 2 atas tuduhan bunuh dengan menyebabkan kematian di Kompleks Mahkamah Melaka, Ayer Keroh. Gambar RASUL AZLI SAMAD

MELAKA – Seorang penganggur berdepan hukuman gantung selepas dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh ibu kandungnya di kediaman mereka di Paya Luboh, pada 5 Julai lalu.

Tertuduh, Amirul Hakim Abu, 38, hanya mengangguk faham dan tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mazana Sinin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah membunuh ibunya, Roziah Md. Dom, 64, di sebuah rumah di Kampung Paya Luboh, Tangga Batu dalam daerah Melaka Tengah antara pukul 2.30 petang hingga 3 petang pada 5 Julai lalu.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati.

Dalam prosiding berasingan, tertuduh turut dihadapkan dengan satu pertuduhan memasukkan dadah jenis methamphetamine ke dalam badannya dan mengaku bersalah bagi kesalahan itu.

Mengikut pertuduhan tertuduh yang merupakan seorang duda anak dua didakwa melakukan perbuatan itu pada pukul 1.35 pagi di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Melaka Tengah, 6 Julai lalu.

Tertuduh juga perlu diletakkan di bawah pengawasan pegawai sebagaimana ditakrifkan di bawah Seksyen 2 Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 bagi tempoh minimum dua tahun dan maksimum tiga tahun.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Yusof, tidak mencadangkan sebarang jaminan memandangkan tertuduh dihadapkan dengan kesalahan membunuh, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mazana kemudian menetapkan tarikh 30 Ogos ini bagi serahan dokumen, laporan kimia dan bedah siasat mangsa serta saringan ujian air kencing tertuduh.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI