fbpx

Pemfitnah Puteri Sarah serik, mohon maaf secara terbuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemfitnah Puteri Sarah memohon maaf secara terbuka malam tadi.

PETALING JAYA – Susulan tindakan pelakon Puteri Sarah memfailkan saman fitnah terhadap seorang pengguna media sosial, individu terbabit tidak menunggu lama tampil membuat permohonan maaf secara terbuka malam tadi.

Dalam kenyataan terbukanya, individu terbabit memohon maaf berdasarkan perkongsian dalam Instagram bertarikh 17 Julai lalu yang memberi komen berhubung pergolakan rumah tangga Puteri Sarah dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof.

“Di sini saya dengan ikhlas hati ingin memohon maaf secara terbuka kepada Puteri Sarah disebabkan perkongsian Instagram saya pada 17 Julai 2022 yang memberi pendapat mengenai isu rumah tangga beliau.

“Saya telah menerima LOD (Letter of Demand) yang meminta saya untuk meminta maaf secara terbuka dan tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan Puteri Sarah atau pun keluarganya,” tulisnya.

Dalam permohonan maaf sama, individu itu turut mendoakan pelakon drama Sabarlah Duhai Hati itu diberikan ketenangan dan kebahagiaan serta dipermudahkan segala urusan.

Pada masa sama, Puteri Sarah yang mengulang siar kenyataan berkenaan dalam InstaStory mengucapkan terima kasih atas permohonan maaf yang dibuat individu itu.

Terdahulu, tidak tahan terus menerus menjadi mangsa tohmahan dan penyebaran berita palsu, Puteri Sarah mengambil pendekatan tegas menghantar notis saman fitnah terhadap seorang netizen.

Tindakan tersebut dilakukan pelakon berusia 37 tahun itu selepas kerap menerima mesej berbentuk spekulasi dan fitnah daripada individu terbabit menerusi peguamnya Natasha Basheer and Associate.

“Ini semua sebab suami dia kaya. Sebab itu dia pertahankan rumah tangga walaupun suami curang.

“Isteri dia takkan lepaskan sebab suami kaya. Jadi apa-apa pun ‘penyondol’ yang salah. Terang-terangan dia tak nak dimadukan dan provoke satu Malaysia untuk benci skandal suami dia,” tulis komen biadab berkenaan.

Puteri Sarah turut menjelaskan apa dilakukan adalah sebagai pengajaran buat mana-mana pihak agar tidak mudah membuat spekulasi tentang dirinya.

“Pengajaran kepada orang luar, jangan buat sebarang spekulasi berdasarkan apa yang anda lihat dan dengar tanpa bukti kukuh.

“Jangan buat fitnah fasal saya dan sila jaga kata-kata serta keluarga sendiri,” katanya.

Sebelum ini, pergolakan rumah tangga pasangan selebriti itu berlarutan sejak empat tahun lalu selain Puteri Sarah mengesahkan tidak lagi tinggal sebumbung dengan Syamsul gara-gara gangguan orang ketiga iaitu Ira Kazar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI