fbpx

Lisandro Martinez kembali bersama Erik Ten Hag

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARTINEZ hanya menantikan kelulusan permohonan visa pekerjaannya sebelum diperkenalkan secara rasmi oleh United. – AFP

MANCHESTER – Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United mengesahkan kehadiran Lisandro Martinez selepas bersetuju untuk mengeluarkan dana sebanyak £55.3 juta (RM292.8 juta) untuk membawanya dari Ajax Amsterdam kelmarin.

Difahamkan, pertahanan antarbangsa Argentina itu sudah berada di Manchester sejak Jumaat lepas masih perlu melalui ujian kecergasan dan menunggu permohonan visa pekerjaan sebelum diperkenalkan secara rasmi di Old Trafford.

Skuad The Red Devils dilaporkan membayar £46.8 juta (RM247.8 juta) secara tunai, mana­kala tambahan bonus sebanyak £8.5 juta (RM45 juta) bergantung dengan pres­tasi tonggak berusia 24 tahun itu.

Situasi tersebut menyaksikan Martinez yang menandatangani kontrak sehingga penghujung musim 2027 dengan gaji seba­nyak £120,000 (RM635,000) se­minggu menjadi pertahanan kedua termahal dalam sejarah United.

“Manchester United dapat mengesahkan kehadiran Lisandro Martinez selepas mencapai persetujuan dengan Ajax. Namun, segalanya bergantung dengan ujian kecergasan serta permohonan visa sebelum dapat melengkapkan proses perpindahannya,” kata kenyataan United.

Kehadiran Martinez menyaksikan dirinya bakal kembali menjalinkan kerjasama dengan Erik Ten Hag yang merupakan ­pengendali pasukan Ajax pada kempen musim lepas.

Terdahulu, The Red Devils telah mengesahkan dua tonggak baharu de­ngan keha­diran Tyrell Malacia dan Christian Eriksen.

Sebelum ini, United turut menyatakan minat untuk mendapatkan seorang lagi pertahanan Ajax, Jurrien Timber, tetapi ditolak kerana pemain itu bimbang tidak mampu mendapatkan minit permainan yang cukup di Old Trafford. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI