fbpx

Lelaki hina Islam, Nabi Muhammad di media sosial direman empat hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek (kanan) dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Krai untuk prosiding reman bagi membantu siasatan kes menghina agama Islam dan Nabi Muhammad di media sosial. FOTO ROSMIZAN RESDI

KUALA KRAI – Seorang lelaki yang dipercayai menghina agama Islam dan Nabi Muhammad melalui satu klip video yang dibuat menerusi hantaran di Facebook direman selama empat hari bermula hari ini.

Perintah reman sehingga Jumaat ini dikeluarkan oleh Majistret Amal Razim Alias di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, suspek yang berusia 35 tahun itu direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 298 dan 505(b) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang menyebabkan atau mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam.

Menurutnya, lelaki itu juga akan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Kosmo! Online semalam melaporkan, polis menahan seorang lelaki selepas disyaki menghina agama Islam dan Nabi Muhammad melalui satu klip video berdurasi empat minit 14 saat yang dibuat menerusi satu hantaran di akaun Facebook.

Suspek dicekup kira-kira pukul 11.30 pagi semalam di sebuah rumah di Kampung Bagan Chekok, Pulai Chondong selepas video tersebut tular di media sosial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI