JANGAN main-main dengan pandangan mata netizen. Biarpun sekecil-kecil cela, mereka boleh nampak, apatah lagi jika sesuatu yang ketara.
Baru-baru ini, penyanyi Giselle dikecam netizen gara-gara ada yang memperhatikan gerak langkah tariannya tidak seiring dengan ahli kumpulan yang lain ketika membuat persembahan.
Netizen mula menyedari perkara tersebut ketika Giselle bersama kumpulannya Aespa muncul dalam program M! Countdown minggu lalu.
Ketika menjayakan persembahan dengan lagu Girls, penyanyi itu membuat kesalahan apabila menari dengan koreografi yang salah.
Giselle bahkan turut melakukan kesalahan sama ketika menyanyikan lagu kedua mereka, Illusion.