fbpx

Kontraktor kena jel sehari, denda RM10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kok Ling ketika tiba di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini. -Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Seorang kontraktor dikenakan penjara sehari serta denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memberi rasuah kepada penguatkuasa Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), April lalu.

Hukuman itu dikenakan ke atas tertuduh, Phang Kok Ling, 39, selepas dia mengaku salah setelah kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Kok Ling didakwa memberi suapan kepada Penolong Pegawai Penguatkuasa MBIP, Shah Rizal Abdul Hamid sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap syarikat Lotus Reflexology Spa Sdn. Bhd.

Tindakan penguatkuasaan itu dibuat ejen kerajaan berkenaan kerana premis terbabit menjalankan perniagaan tanpa lesen dan gagal mematuhi notis memberhentikan perniagaan serta kesalahan mempamer iklan tanpa lesen pihak berkuasa tempatan.

Atas kesalahan tersebut, tertuduh telah melakukan kesalahan dibawah Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Mengikut fakta kes, tertuduh yang hadir menemani abangnya di Pejabat Jabatan Penguatkuasaan MBIP pada 11 April lalu telah menawarkan rasuah kepada pegawai penguatkuasa itu sebagai tanda kawan dan supaya tidak mengambil tindakan lagi pada masa akan datang.

Difahamkan, walaupun diberi amaran sebanyak tiga kali bahawa perkara itu merupakan satu kesalahan, tertuduh tetap menghulurkan wang RM1,500 itu sebelum meletakkannya di atas meja.

Pegawai penguatkuasa terbabit kemudian membuat tangkapan ke atas tertuduh dan membawanya ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) keesokan hari untuk membuat aduan sebelum tertuduh ditahan semula pihak SPRM.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI