fbpx

Premis agensi nombor ramalan antara 8 premis musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran di deretan kedai tersebut.

SABAK BERNAM – Lapan deretan premis termasuk kedai nombor ekor musnah dalam kebakaran di Jalan Mentari di sini pagi tadi.

Turut musnah dalam kebakaran itu melibatkan empat kedai tayar, kedai makan (2) dan sebuah kedai motor.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, seramai 32 anggota dan pegawai dan jentera dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 11.59 malam.

Katanya, ini melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat Sabak Bernam, Sungai Besar, Sekinchan, Hutan Melintang dan pasukan bomba sukarela Sungai Besar.

“Anggaran kemusnahan kira-kira 90 peratus namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Kebakaran berjaya dipadam kira-kira pukul 2.10 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI