fbpx

Jemaah haji dapat pengalaman terindah di Tanah Suci

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN daripada jemaah kumpulan pertama jemaah haji Malaysia selamat tiba di KLIA, Sepang semalam. – FAISOL MUSTAFA

SEPANG – Jemaah haji yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini semalam melahirkan rasa kesyukuran selain menyifatkan pengalaman menunaikan ibadah itu merupakan yang terindah.

Berkongsi rasa itu, seorang guru besar, Hairina Abdullah, 48, berkata, tiada kata-kata dapat digambarkan sejurus tiba dari Tanah Suci melainkan memanjatkan rasa syukur atas rezeki diberikan Sang Pencipta.

“Inilah pengalaman haji terindah, syukur kepada Allah untuk peluang ini. Meskipun tertangguh hampir dua tahun, namun penantian ini berbaloi kerana semuanya begitu sempurna.

“Meskipun berdepan cabaran selama 45 hari di Tanah Suci de­ngan suhu panas hingga 50 darjah Celsius, namun semuanya dapat kami atasi dengan bantuan petugas Tabung Haji (TH),” katanya.

Beliau merupakan salah seorang daripada 298 jemaah haji kumpulan pertama yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 9.15 pagi semalam menerusi penerbangan Saudi Airlines.

Kesemua jemaah itu turut di­sambut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary dan Pengerusi TH, Tan Sri Azman Mokhtar.

Katanya, dia turut memuji komitmen semua petugas TH kerana berterusan memberi khid­mat terbaik kepada seramai 14,305 jemaah Malaysia yang mengerjakan ibadah itu tahun ini.

Berpandangan sama, seorang lagi jemaah, Mohd. Aizuddin Hashim, 37, menjelaskan, kea­daan cuaca panas selain kebanjiran jemaah di satu-satu tempat menjadi antara cabaran ketika berada di Tanah Suci.

“Sebagai contoh, ketika menunaikan ibadah melontar jamrah, keadaannya agak mencabar kerana kami perlu berjalan berulang-alik hampir 9 kilometer dalam cuaca panas antara Mina dan Jamrah.

“Bagaimanapun, semua urusan itu dipermudahkan dan kami dapat menunaikan ibadah itu dengan sempurna sekali gus menjadi antara pengalaman terindah ketika di Tanah Suci,” ceritanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI