fbpx

Individu sihat usia 50 hingga 59 tahun disyor ambil dos penggalak kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengesyorkan suntikan dos penggalak Covid-19 kedua bagi kumpulan terbaharu iaitu individu berusia 50 hingga 59 tahun tanpa sebarang komorbid.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, keputusan tersebut adalah sebahagian daripada cadangan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi melindungi individu daripada sebarang risiko teruk apabila dijangkiti Covid-19.

“Kumpulan dalam usia 50 hingga 59 tanpa sebarang penyakit kronik dan sesiapa yang berumur 50 tahun ke bawah yang ingin melancong ke luar negara boleh menerima dos penggalak kedua.

“Bagi mereka yang berusia 60 tahun ke atas yang memiliki sakit kronik atau sihat juga boleh memilih dos penggalak kedua atas nasihat doktor,” katanya pada Sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Rubiah Wang (GPS-Kota Samarahan) yang ingin mengetahui keadaan terkini ancaman varian baru Covid-19 dan tindakan menghadapinya.

Jelas beliau, suntikan penggalak kedua juga diperluaskan kepada mereka yang tinggal di kemudahan penjagaan kesihatan jangka panjang, individu berisiko tinggi berusia 18 hingga 59 tahun, dan petugas barisan hadapan Covid-19.

“Sehingga Isnin (18 Julai), seramai 225,848 orang telah menerima dos penggalak (vaksin) kedua mereka,” ujarnya.

Tambahnya, jumlah yang layak menerima suntikan dos penggalak kedua KKM adalah seramai 2,519,761, iaitu jumlah warga emas (60 tahun ke atas) yang sudah lengkap dos penggalak selama empat bulan atau lebih. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI