fbpx

GEG cetus peningkatan saiz pasaran haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Dasar penamat generasi (GEG) yang menyaksikan peningkatan perdagangan haram kepada 61.7 peratus pada bulan Mac tahun ini berbanding 58.4 peratus telah mengakibatkan saiz pasaran haram meningkat kepada RM8.7 bilion.

Penemuan tersebut didedahkan dalam laporan A Smoke-Free Malaysia oleh rakan penyelidikan pasarannya, The Green Zebra, Datametrics and Information Sdn. Bhd. (DARE) di sini baru-baru ini.

Laporan tersebut mendedahkan bahawa sebanyak 83 peratus rakyat Malaysia berpendapat perdagangan rokok seludup akan meningkat dengan ketaranya apabila larangan penjualan rokok kepada mereka yang lahir selepas tahun 2005.

Pengarah Urusan DARE, Pankaj Kumar berkata, larangan penjualan rokok tidak akan berhasil dalam mengurangkan kelaziman merokok dan langkah ini bukan sahaja akan membawa kepada peningkatan dalam pasaran rokok haram kepada RM8.7 bilion malah menguntungkan sindiket jenayah.

“Malaysia sememangnya tidak mempunyai pasaran dinamik yang sama seperti negara  New Zealand atau Singapura, yang mempunyai kelaziman merokok yang lebih rendah serta insiden perdagangan haram masing-masing kurang daripada 11 peratus  dan 14 peratus. 

“Walau bagaimanapun, di negara seperti Malaysia di mana kelaziman merokok kita melebihi 20 peratus dan pasaran tembakau seludup hampir 60 peratus, jadi GEG bukanlah pilihan yang berdaya maju,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Pankaj menerangkan, sebelum pengenalan dasar GEG di NewZealand,  negara tersebut telah menjalankan kempen besar-besaran dalam mengurangkan kelaziman merokok dengan membantu perokok menghentikan tabiat itu.

Tambah beliau, ia dilaksanakan  melalui strategi Pengurangan Kemudaratan Tembakau (THR), yang telah didokumentasikan lengkap untuk rujukan semua.

Hasilnya, negara tersebut mengalami penurunan terbesar dalam kejadian merokok, daripada 11.9 peratus pada tahun 2020 kepada 9.4 peratus pada tahun  2021.

Selain itu, dalam tinjauan pasaran yang sama, dua pertiga daripada responden mengakui bahawa vape telah membantu mereka sama ada berhenti merokok sepenuhnya atau mengurangkan penggunaan rokok mereka.

Menurut Pankaj, Malaysia mesti menggunakan strategi yang betul, termasuk peraturan, untuk mencapai piawaian yang ditetapkan oleh negara seperti New Zealand atau Singapura dalam mengurangkan kelaziman merokok dan kejadian perdagangan haram. 

“Mengurangkan penggunaan rokok dengan dasar awam THR yang berkesan membolehkan kerajaan mengurangkan kos rawatan penyakit dan penyakit yang disebabkan rokok. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI