fbpx

Dua tekong, 25 PATI warga Myanmar dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian PATI warga Myanmar ditahan di Simpang Tiga Lubuk Sengkuang, Bukit Kayu Hitam pada semalam.

JITRA – Cubaan dua tekong menyeludup masuk 25 pendatang asing tanpa izin  (PATI) warga Myanmar ke negara ini menerusi sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam dekat sini gagal apabila mereka ditahan di Bukit Kayu Hitam dekat sini semalam.

Kesemua warga asing terdiri daripada 20 lelaki dan tujuh wanita berusia 19 hingga 43 tahun itu ditahan dalam Ops Benteng Covid-19 di Simpang Tiga Lubuk Sengkuang kira-kira pukul 5.50 pagi.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, anggotanya mengesan dua kenderaan iaitu van Nissan Urvan dan kereta Proton Saga dalam keadaan mencurigakan di Simpang Tiga Lubuk Sengkuang itu.

Katanya, pihaknya kemudian bertindak menahan dua kenderaan tersebut dan menemui 27 warga Myanmar.

“Pemeriksaan mendapati salah seorang tekong memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) manakala 26 individu lain tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan sah.

“Kesemua suspek dipercayai masuk ke Malaysia dari Danok ,Thailand melalui pagar sempadan Pos 1 dan Pos 2 kawalan tentera di laluan paip gas Petronas, Felda Bukit Tangga , Bukit Kayu Hitam,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI