PETALING JAYA – Terdapat satu kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada Tahap 1 (berjaga-jaga) iaitu di Alor Gajah, Melaka.
Jabatan Mateorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, semua kawasan di Sabah dan Sarawak ketika ini turut dalam pemantauan.
“Tahap berjaga-jaga bermaksud suhu maksimum harian 35-37 darjah Celcius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut,” jelasnya di laman Facebook rasmi MetMalaysia sebentar tadi. – KOSMO! ONLINE.