PETALING JAYA – Amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang dijangka berlaku di lima negeri pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, antara negeri terlibat adalah Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang serta Selangor.
Amaran tersebut dikeluarkan sehingga pukul 11.00 pagi nanti.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran, ” jelas MetMalaysia.