fbpx

95 peratus penduduk Malaysia tidak makan sayur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Kira-kira 95 peratus atau lebih 22 juta rakyat negara ini tidak makan sayuran seperti disarankan Kementerian Kesihatan (KKM) sehingga boleh menyebabkan penyakit hati berlemak dan penyakit tidak berjangkit (NCD) lain.

Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, ini hasil daripada Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) pada 2019 dengan sayuran termasuk buah-buahan amat penting dalam membekalkan nutrien dan antioksidan dalam badan.

Katanya, NHMS itu dilakukan setiap empat tahun sekali bagi melihat literasi kesihatan penduduk negara ini .

“Makan satu jenis sayur sahaja seperti kubis juga tidak bagus sebaliknya perlu makan pelbagai warna (sayur) kerana ada nutrien bagus untuk kesihatan.

“Kalau tidak makan sayur akan kurang zat dan (apabila) melebihkan pengambilan gula dan karbohidrat ringkas akan menyebabkan terbenam dalam badan sebagai lemak.

“Kemudiannya akan pergi hati sehingga menjadikan penyakit hati berlemak dan akhirnya hati tidak berfungsi dengan baik sehingga menyebabkan sistem dalam badan kita rosak dan menyebabkan NCD,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Seminar Saintifik Institut Kesihatan Negara (IKN) ke-23 di sini hari ini.

Kata beliau, perkara itu berlaku berkemungkinan trend pengambilan makanan segera dengan KKM kemudiannya telah mengeluarkan piramid makanan yang baharu.

Noor Azmi memberitahu, berdasarkan NHMS turut mendapati nisbah 1:15 peratus penduduk negara ini mempunyai penyakit obesiti.

“Namun tidak diketengahkan adalah abdominal obesiti iaitu lemak besar di perut dengan ukur lilit pinggang lelaki melebihi 90 sentimeter (cm) dan perempuan 80 cm.

“Ini bahaya kerana banyak kimia atau enzim keluar yang akan menyebabkan kerosakan pada sistem badan sebagai contohnya kardiovaskular,” tegasnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, hasil NHMS juga menunjukkan 3.9 juta penduduk negara ini mempunyai penyakit kencing manis manakala darah tinggi meliputi 6.4juta penduduk.

“Data turut menunjukkan 21 peratus rakyat negara ini masih rokok dengan hanya seorang daripada empat individu bersenam selain 500,000 penduduk menderita kemurungan.

“NCD ini umpama bom jangka kalau dibiarkan dan mengalakkan masyarakat menyertai inisiatif Saringan Kesihatan Nasional agar memastikan mereka peduli pada kesihatan mereka,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `520` and content-type is `text/html; charset=UTF-8`