fbpx

[VIDEO] 28 lelaki didakwa ahli kumpulan jenayah terancang ‘Geng 08 GST’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
28 lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu, hari ini atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang 'Geng 08 GST'.

HULU SELANGOR – Seramai  28 lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu di sini hari ini atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang ‘Geng 08 GST’ di daerah ini tiga tahun lalu.

Mereka ialah P. Thanasegaran, 46, K. Saravanak Kumar, 36, S. Selvamogan ,44, N. Yogeswaran, 41, N. Ganesan, 43, R. Raja Kumar, 39, Aziz Latip Hasannar, 42, N.Chandran, 37, B. Vinot, 27, K. Selvam, 38, P. Tachana Moorthy, 36.

Turut didakwa S. Vekneswaran, 36, M. Saravanan, 40, V. Elengo Van, 36, V. Thinagaran, 28, M.Eswaran, 33, S. Navin ,29, S. Kali Muthu, 44, B. Moganraj, 30, A. Poobalan, 29, N. Vijendran, 37, K. Punitharajan, 26, R. Devandran, 35, R. Vengateswaran, 26, Tan Eng Sun, 22, P. Sathteswaran, 23, G. Gananathan, 23, dan H. Arvind, 24.

Kesemua tertuduh mengangguk faham selepas pertuduhan dibaca dalam bahasa Tamil dan Melayu di hadapan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza. Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu dibawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Anggota polis mengawasi kumpulan lelaki yang didakwa atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng 08 GST di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu hari ini.

Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa telah menjadi ahli kumpulan jenayah terancang ‘Geng 08 GST’ di sebuah tempat di Tin Mine, Kalumpang di sini antara bulan Januari 2019 hingga 23 Jun lalu (2022).

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 130V (1) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum dibawah subseksyen sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Iskandar Ahmad, Shafiq Hasim, Khairul Azreem Mamat dan Yong Ching Hong.

Kesemua tertuduh diwakili peguam Datuk Geethan Ram Vincent, Datuk R.Thinalan, Datuk David Gurupatham JM Mark, K.Shalvin, Mohd Hanif Hassan dan Mujahidah Almukimah Fakhfurazi.

Semasa prosiding, pendakwaan tidak mencadangkan sebarang ikat jamin kepada semua tertuduh.

Bagaimanapun, pembelaan merayu agar anak guam mereka dilepaskan dengan ikat jamin atas alasan mempunyai tanggungan keluarga selain segelintir mereka mempunyai masalah kesihatan.

Mahkamah kemudian tidak membenarkan semua tertuduh diikat jamin dan menetapkan 22 Ogos ini untuk sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI