fbpx

Wujud mekanisme baharu elak penipuan visa furada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Marzuk. - FOTO: FAISOL

SEPANG – Kerajaan bercadang mewujudkan satu mekanisme baharu untuk mengawal permohonan visa furada dari Arab Saudi dalam usaha memastikan masalah penipuan dokumen itu dapat diatasi pada musim haji akan datang.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, maklumat terperinci mengenai mekanisme baharu itu akan dimaklumkan selepas perbincangan dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dibuat.

“Nasihat saya, kalau ada tawaran visa furada secara terbuka orang ramai perlu berhati-hati. Kita juga akan adakan mekanisme tertentu pada masa akan datang bagi memastikan tiada jemaah tertipu dengan dakwaan agensi terlibat.

“Kita akan berbincang dengan MOTAC kerana itu (visa furada) di bawah mereka, kita cuma bekerjasama,” katanya kepada pemberita selepas menyambut ketibaan kumpulan jemaah pertama haji di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini tadi.

Sementara itu, mengulas mengenai visa furada, Ahmad Marzuk menjelaskan, dokumen perjalanan itu merupakan hak kerajaan yang diberikan kepada individu yang mempunyai hubungan langsung dengan kerajaan menerusi pihak kedutaan.

“Apa yang berlaku ialah pihak tertentu ambil kesempatan untuk perniagaan mereka dengan menawarkan pakej visa furada meskipun belum ada jaminan.

“Kerajaan sangat mengalukan Arab Saudi untuk berikan visa furada kerana memberi nilai tambah kepada pengurusan haji, tetapi malangnya ada pihak ambil kesempatan,” ujarnya.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan hasrat lebih 380 jemaah haji untuk menunaikan Rukun Islam kelima di Tanah Suci tidak kesampaian apabila mereka terkandas di KLIA berikutan dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI