fbpx

Satu lemas, dua nelayan selamat bot terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengusung mayat ke dalam kenderaan polis.

KUALA LANGAT – Kehilangan seorang lelaki hampir 22 jam selepas bot dinaiki terbalik berdekatan jeti Kampung Sungai Rambai, Jenjarom di sini, terungkai apabila mayatnya ditemui hari ini.

Mayat lelaki dikenali azrai berusia 30-an itu ditemui sekitar jambatan Kampung Sungai Sawah iaitu enam kilometer (km) dari lokasi kejadian kira-kira, pukul 1.25 petang tadi.

Bot tersebut pada mulanya dinaiki tiga nelayan sebelum terbalik kira-kira pukul 3.30 petang semalam.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, berdasarkan maklumat awal dua daripada nelayan tersebut berusia 40-an dan 56 tahun berjaya menyelamatkan diri.

Katanya, operasi semalam melibatkan seramai 15 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Telok Panglima Garang bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 3.40 petang.

Selain itu, melibatkan Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) Selangor. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI