fbpx

Luahan pembaca: Salur bekalan air pun pilih ‘bendera’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDUDUK Pulau Pinang terpaksa memborong air mineral ketika berdepan krisis bekalan. – GAMBAR HIASAN

SAUDARA PENGARANG,

PERTAMA kali pengguna air di beberapa kawasan di lima daerah di Pulau Pinang terputus bekalan tanpa notis lebih 72 jam sejak 25 Julai lalu. Sehari terasa bagaikan sebulan.

Pengguna bukan sahaja tidak sempat menyimpan bekalan air, malah terpaksa berdepan dengan kehabisan stok air mineral di rata-rata premis termasuk terkesan dengan kenaikan harga makanan dan minuman di saat ketiadaan sumber utama itu.

Lebih terasa lagi apabila dikatakan berlaku ketidakadilan ‘kepala’ kawasan yang dilihat lebih mengutamakan ‘bendera’ perjuangan daripada rakyat natural yang sedang dirundum kedukaan ekoran kesukaran memperoleh bekalan air bersih.

Penduduk yang juga prospek kemenangan lebih diberi keutamaan dengan bantuan saluran air disediakan melalui khidmat lori tangki yang dilihat keluar masuk dengan lebih kerap. Berbanding kami yang di bawah masih menunggu kelibat kehadiran lori tangki. Ini adalah amat tidak adil.

Bagi saya, ‘kepala’ kawasan perlu lebih profesional dan bersikap adil jika mahu diangkat lagi tahkta kedudukan dan bukannya pilih bulu dengan hanya menunjukkan usaha keras melalui gambar yang dikongsi di media sosial.

Fikir, fikirkanlah…bertindak guna akal fikiran bukan perasaan dan hati yang ‘suci’.

PENUNGGU AIR
Barat Daya, Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI