PETALING JAYA – Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda di beberapa kawasan di Kedah, Selangor dan Kuala Lumpur sehingga pukul 6 petang ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, kawasan di Kedah melibatkan Kuala Muda, Baling dan Kulim manakala, Selangor pula di Hulu Langat.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Dalam masa sama, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya pada hantaran di Facebook hari ini. -KOSMO! ONLINE