fbpx

Manchester United perlu lepaskan Cristiano Ronaldo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO masih belum mengeluarkan kenyataan sehingga kini mengenai masa depannya di Old Trafford. – AFP

MANCHESTER – Bekas pe­nyerang legenda Manchester United, Teddy Sheringham mendesak pengurusan pasukan untuk menjual tonggak berpe­ngaruh, Cristiano Ronaldo pada jendela perpindahan kali ini bagi menandatangani pemain bertaraf bintang yang lain.

Sebagai rekod, Ronaldo sebelum ini mencipta kontroversi tersendiri apabila mendedahkan hasrat untuk berhijrah secara terbuka sehingga terpaksa dike­tepikan daripada siri jelajah pramusim pasukan di Thailand dan Australia ketika ini.

Difahamkan, pemain ber­usia 37 tahun itu terdesak untuk mewakili pasukan yang menjanjikan saingan Liga Juara-Juara memandangkan United yang dikendalikan oleh Erik Ten Hag hanya beraksi pada kempen Liga Europa musim depan.

Kata Sheringham, situasi yang melanda Ronaldo seperti sudah dijangka dan jika menjadi orang yang berkuasa di United, beliau tidak teragak-agak untuk menjualnya pada jendela perpindahan kali ini.

“Semua orang katakan Ten Hag perlu membina satu pasukan bersama Ronaldo sebagai penyerang utama, namun saya berpandangan sebaliknya ke­rana jika dia berhijrah, United bakal berubah menjadi wajah baharu.

“Apa yang lebih penting, Uni­ted akan berjimat banyak daripada sudut gaji kerana kita tahu betapa mahalnya gaji yang dibayar kepada Ronaldo ketika ini. Jumlah tersebut saya rasa boleh bayar dua atau tiga lagi pemain bertaraf bintang yang baharu,” katanya.

Buat masa ini, The Red Devils hanya mengesahkan dua tonggak baharu dengan kehadiran Tyrell Malacia dan Christian Eriksen, manakala dua lagi pemain bertaraf bintang, Frenkie De Jong dari kelab Barcelona dan Lisandro Martinez (Ajax Amsterdam) kekal menjadi buruan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI