fbpx

Mahkamah beri tempoh sebulan Khalid Redza lantik peguam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khalid Redza (baju putih) bersama anak perempuannya berusia 18 tahun ketika didakwa di Mahkamah Majistret Seremban pada13 April lalu. FOTO : MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

SEREMBAN – Mahkamah Sesyen di sini hari memberi tempoh sebulan kepada tertuduh, Khalid Redza Shuib untuk melantik peguam bagi tuduhan menyebabkan cedera parah ke atas seorang wanita dan kes pengabaian kanak-kanak.

Hakim Rushan Lutfi Mohamed berkata, Khalid Redza, 41, perlu melantik peguam segera sebelum prosiding kes tersebut diteruskan.

“Kalau tiada peguam, awak kena bawa sendiri kes ini. Mahkamah bagi tempoh sebulan untuk lantikan peguam,” katanya.

Terdahulu, Khalid Redza berkata, dia masih belum melantik peguam dan memerlukan sedikit masa kerana tidak dapat berhubung dengan keluarga.

Timbalan Pendakwa Raya, Goh Hsiao Tung memberitahu, laporan perubatan kes telah diperoleh dan memohon satu tarikh untuk serahan dokumen serta lantikan peguam.

Tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah terhadap Siti Syarifah Aibiddin, 35, dengan menyimbah air panas sehingga kulitnya melecur.

Lelaki itu turut didakwa melakukan pengabaian ke atas Sufiy Hasrul Izwan, 20 bulan. Kedua-dua kesalahan dilakukan di lokasi sama pada 1 Disember 2020 hingga 23  Mac lalu. Sebutan semula kes 18 Ogos ini.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret, sebutan semuka kes Khalid Redza yang dituduh membunuh kanak-kanak perempuan dan wanita ditetapkan pada tarikh sama.

Majistret Mohd. Firdaus Salleh dan Norzaliza Tesmin menetapkan tarikh tersebut selepas pihak pendakwaan memaklumkan laporan makmal, forensik dan kimia masih belum diperoleh hari ini.

Khalid Tedza turut berdepan pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas Siti Syarifah. Peguam pemerhati, Noor Azizi Abdull Aziz yang mewakili pihak keluarga mangsa turut hadir di mahkamah.

Pada 13 April lalu, Khalid Redza dan anak perempuannya yang masih di bawah umur didakwa membunuh kanak-kanak perempuan, Hanan Hasrul Izwan, 5, susulan penemuan tengkorak dan cebisan tulang pada 7 April lalu. Lelaki itu juga didakwa membunuh Meriamah Abdullah Basam, 29. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI