fbpx

Liga Premier : Kelantan FC kembali rampas takhta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain-pemain Kelantan FC meraikan jaringan Nurshamil pada perlawanan menentang UiTM FC di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu hari ini. FOTO IHSAN LIGA BOLA SEPAK MALAYSIA (MFL)

Oleh MUSTAQIM MOHAMED

KOTA BHARU – Kelantan FC kembali merampas takhta Liga Premier daripada T-Team selepas berjaya meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas UiTM FC dalam perlawanan di Stadium Sultan Muhammad IV di sini sebentar tadi.

Skuad bimbingan Rezal Zambery Yahya berdepan saingan sengit semasa beraksi di laman sendiri apabila berjaya diikat tanpa sebarang jaringan oleh UiTM FC pada babak pertama.

Bersambung pada babak kedua, Nurshamil Abd. Ghani hampir menceriakan kem tuan rumah apabila rembatannya dari luar kotak penalti pada minit ke-49 hampir membuahkan hasil, namun diselamatkan penjaga gol lawan, Mohamad Ab. Hamid.

The Red Warriors (TRW) terpaksa menunggu hingga minit ke-77 untuk menjaringkan gol selepas sepakan percuma Syed Sobri Syed Mohd dari jarak 25 meter terus menerjah gawang gol UiTM FC.

Kelantan FC yang melancarkan serangan bertali arus ke kubu lawan dilihat memperlahankan rentak permainan apabila menuju minit-minit akhir perlawanan sekali gus menunjukkan pasukan itu seakan-akan sudah berpuas hati dengan satu jaringan.

Keputusan 1-0 kekal sehingga ke wisel penamat sekali gua menyaksikan TRW kembali merampas takhta Liga Premier daripada T-Team. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI