BANDAR RAYA NEW YORK – Seorang lelaki berumur 55 tahun meninggal dunia selepas terjun dari atas sebuah bangunan pangsapuri di New York, Amerika Syarikat (AS) dalam kejadian Sabtu lalu, lapor akhbar New York Post.
Mangsa ditemui di halaman belakang bangunan 10 tingkat di alamat 330 East 79th St, Upper East Side sejurus sebelum pukul 1.15 pagi (waktu tempatan), kata polis.
Mangsa mengalami kecederaan serius selepas terhempas di atas tanah.
Polis percaya lelaki itu terjun dari bumbung bangunan 10 tingkat itu.
Lelaki dengan identitinya tidak didedahkan itu dibawa ke Hospital Cornell di mana dia kemudian disahkan meninggal dunia.
Dalam kejadian lain di kawasan berdekatan, seorang lelaki berusia 61 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat enam sebuah bangunan ketika mencuci tingkap rumahnya. – Agensi