fbpx

Lelaki didakwa bunuh isteri demi tuntut wang pampasan insurans

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lawrence dituduh membunuh isterinya, Bianca. – The Sun

DENVER, COLORADO – Seorang pemburu haiwan liar di Amerika Syarikat (AS) didakwa membunuh isterinya demi mendapatkan wang pampasan insurans nyawa berjumlah £4.2 juta (RM22.18 juta), lapor akhbar The Sun, semalam.

Lawrence Rudolph, 67, dituduh membunuh isterinya, Bianca di sebuah kabin terpencil di Zambia, semasa memburu harimau bintang.

Pendakwa raya berkata, Lawrence membunuh Bianca sebelum melaporkan bahawa mangsa menembak dirinya sendiri pada 2016.

Dalam perbicaraan mahkamah di negeri Colorado, Lawrence didakwa mengaku melakukan pembunuhan tersebut di hadapan teman wanitanya, Lori Milliron.

“Defendan membunuh isterinya demi Milliron,” kata penolong peguam AS, Bishop Grewell.

Bagaimanapun, peguam Lawrence, David Markus berhujah bahawa saksi telah tersalah dengar dan defendan sebaliknya berkata: “Mereka mengatakan saya membunuh isteri saya untuk kamu”.

Markus berkata, mangsa secara tidak sengaja menjatuhkan senjata sehingga menyebabkan tembakan dilepaskan ke arahnya.

Berikutan siasatan selama dua hari di Zambia, pihak berkuasa menyimpulkan kematian itu sebagai kemalangan, begitu juga penyiasat insurans, kata Markus.

Lawrence didakwa dengan kesalahan membunuh dan menipu. Jika didapati bersalah, dia berdepan hukuman maksimum penjara seumur hidup atau dihukum mati. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI