fbpx

Khidmat kemas rumah, modus operandi baharu scammer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah. FOTO : RASUL AZLI SAMAD

MELAKA – Gara-gara tertarik dengan iklan yang menawarkan perkhidmatan mengemas rumah di laman sosial, seorang wanita kerugian RM4,700 setelah akaun banknya digodam.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, sebelum itu mangsa menekan pautan yang dipaparkan dan kemudian berurusan dengan suspek yang memperkenalkan diri sebagai Fiona.

Menurutnya, suspek seterusnya mengarahkan mangsa memuat turun aplikasi ‘Shinecleanmaid’ bagi membuat tempahan.

“Mangsa muat turun aplikasi tersebut dan mengisi butiran maklumat termasuk perbankan serta membuat bayaran RM10, namun transaksi itu tidak berjaya. Mangsa diarahkan membayar secara tunai selepas servis pembersihan dilakukan.

“Bagaimanapun, selepas 30 minit pihak bank telah menghantar mesej memaklumkan terdapat pemindahan wang sebanyak RM4,700 ke akaun pihak ketiga tanpa pengetahuan mangsa. Pihak bank memberitahu akaun mangsa dipercayai telah digodam.

“Mangsa yang berasa diperdaya membuat laporan di Balai Polis Kuala Sungai Baru. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI