fbpx

Kena bedah selepas tertelan jarum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedudukan jarum sewaktu imbasan X-ray dan jarum yang dikeluarkan selepas pembedahan.

PETALING JAYA – Seorang wanita menceritakan pengalamannya terpaksa menjalani pembedahan selepas tertelan jarum, dalam kejadian pada Mei lalu.

Menerusi perkongsian video di media sosial, dia memberitahu kejadian itu berlaku pada 3 Mei iaitu sewaktu umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Katanya, berikutan itu, dia bergegas ke Hospital Dungun, Terengganu untuk mendapatkan rawatan.

“Tertelan jarum pada hari raya pertama, terus ke Hospital Dungun dan buat imbasan X-ray. Memang terang nampak jarum dekat usus.

“Hospital Dungun rujuk kepada Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan sampai sana, doktor suruh puasa dulu, hendak tengok macam mana. Doktor beri ubat cairkan najis tapi tidak keluar juga (jarum),” katanya pada hantaran dimuat naik semalam.

Wanita itu berkata, doktor memasukkan kamera scope keesokan harinya namun, jarum tersebut tidak ditemui malah dia menahan kesakitan sewaktu proses itu dijalankan.

Ujarnya lagi, dia kemudian perlu menjalani pembedahan pada 5 Mei disebabkan doktor tidak menemui kedudukan jarum ketika kamera scope dimasukkan.

“Doktor beritahu pembedahan dan imbasan X-ray semua dan jururawat menolak masuk ke bilik pembedahan. Alhamdulillah, Allah permudahkan semuanya.

“Pada 7 Mei, alhamdulillah telah keluar dari HSNZ,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI