fbpx

Gelombang haba ‘bakar’ Sepanyol, 360 kematian direkodkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pekerja binaan meminum air ketika cuaca panas terik akibat gelombang haba di Seville pada 13 Jun lalu. - AFP

MADRID – Gelombang haba yang melanda Sepanyol selama beberapa hari menyebabkan sekurang-kurangnya 360 orang terkorban, lapor agensi berita United Press International (UPI) semalam.

UPI memetik akhbar tempatan, La Vanguardia melaporkan bahawa terdapat 123 kematian akibat gelombang haba direkodkan pada Jumaat lalu sahaja, sekali gus rekod baharu.

Daripada 360 kematian yang dilaporkan, komuniti di Madrid merekodkan 22 kematian. Seorang pekerja pembersihan perbandaran berusia 60 tahun turut meninggal dunia pada Sabtu lalu semasa bekerja.

Pada 10 Julai lalu yang merupakan hari pertama gelombang haba melanda Sepanyol, sebanyak 15 kematian berkaitan cuaca panas direkodkan. Sejak itu, jumlah kematian meningkat pada setiap hari.

Menjelang Rabu lepas, kematian harian disebabkan oleh cuaca panas meningkat kepada 60 orang apabila suhu melepasi 40 darjah Celsius di beberapa bahagian di Sepanyol.

Suhu Lapangan terbang Madrid-Barajas pula mencecah 42.2 darjah Celsius pada Khamis lalu sekali gus memecahkan rekod suhu tertinggi yang pernah dicatatkan pada bulan ini. Sepanyol juga melaporkan 93 kes kematian disebabkan cuaca panas pada hari berkenaan.

Cuaca panas ‘membakar’ Portugal dan Sepanyol dengan suhu panas 37.8 darjah Celsius sejak 8 Julai lalu.

Bandar Seville menjadi salah satu lokasi yang mencatatkan suhu tertinggi di Sepanyol dengan bacaan termometer melonjak lebih 40.6 darjah Celsius selama sembilan hari berturut-turut. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI