fbpx

Bersatu tak tahu Armada keluarkan wang RM1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hadir ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi mendengar perbicaraan kes pecah amanah hari ini. FOTO AMIR KHALID

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak pernah menerima permohonan daripada Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) untuk mengeluarkan wang RM1 juta daripada akaun sayap parti itu.

Muhammad Zulhelmi Zaulkafly, 30, berkata, Pejabat Bendahari Bersatu juga tidak menerima sebarang makluman daripada Armada berhubung pengeluaran wang berkenaan.

Beliau yang juga Pegawai Kewangan I Bersatu yang mengawal selia dan mentadbir serta mengurus hal ehwal kewangan parti berkata, sepanjang perkhidmatannya selama enam tahun di Pejabat Bendahari Bersatu, beliau tiada pengetahuan wang dikeluarkan daripada akaun Armada.

Saksi pendakwaan ke-20 itu memberi keterangan pada perbicaraan terhadap Syed Saddiq Syed Abdul Rahman atas pertuduhan pindaan bersubahat dengan Rafiq Hakim Razali melakukan pecah amanah dana berjumlah RM1 juta sebuah parti politik.

Pada sesi pemeriksaan utama, saksi turut ditanya oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Shahrom Idris sama ada perbelanjaan melebihi RM500,000 perlu mendapat kelulusan pimpinan tertinggi parti.

Sebelum ini, Rafiq, 32, memberi keterangan bahawa pengeluaran wang RM1 juta atas arahan Ahli Parlimen Muar selaku Ketua Armada, tidak mengikut prosedur selain mengakui terjebak dalam perkara itu sejak awal lagi.

Rafiq berkata, pengeluaran wang daripada akaun Armada itu adalah salah kerana tiada kertas kerja dikemukakan untuk membolehkan wang itu dikeluarkan dari bank pada 6 Mac 2020.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI